Perutusan Pengarah Pertanian Negeri Pahang


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat datang ke Laman Web Rasmi Jabatan Pertanian Negeri Pahang, dalam melangkah ke RMK ke10 dengan Jabatan Pertanian telah memikul cabaran dan hasrat pucuk pimpinan Negara menjadikan sektor Pertanian sebagai salah satu agenda utama Negara bagi menjana ekonomi domestik agar Negara mendapat faedah jangka masa panjang yang stabil dan seimbang di kalangan masyarakat Malaysia. Justeru itu, Negara perlu memperkukuhkan daya saing dan daya tahan serta lebih berinovatif untuk menanganinya. Sektor Pertanian perlu memberi perhatian kepada mengintegrasikan segala pengurusan sumber manusia bagi memberi perkhidmatan yang berkualiti tinggi melalui sistem penyampaian yang cekap dan berkesan.

Aspirasi Negara “Satu Malaysia, Rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan” yang diilhamkan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia merupakan cabaran besar bagi Negara kita, selaku penjawat awam khususnya, dalam mewujudkan perkhidmatan awam yang bersepadu, memberi layanan yang berkualiti kepada pelanggan dan meningkatkan prestasi secara menyeluruh. Di samping itu, kerajaan juga menggalakan penggunaan ICT melalui program kerajaan Elektronik dan sebagainya. Semua usaha ini dilakukan bagi memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan, "to delight the customers."

Akhir kata, saya harap ruang yang luas dibawah media elektronik ini, dapat digunakan sepenuhnya oleh pelanggan-pelanggan kami bagi mendapatkan sumber informasi terkini dan maklumat yang berguna berhubung dengan keperluan pelanggan kami. Semoga blog ini dapat memudahkan para pelanggan Jabatan Pertanian Pahang mendapatkan maklumat semasa.

Adalah diharapkan dengan perkhidmatan secara "on-line" ini, dapat membantu melancarkan lagi program-program yang telah dirancang terutamanya dalam pembangunan sektor pertanian.
Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sekian terima kasih

DATO' HAJJAH KAMARIAH BINTI HAJI ISMAIL, DIMP.,AMP

0 comments:

Post a Comment